SEJARAH SEKOLAH
Sejarah sekolah ini telah bermula pada 1 Januari 1974. SK (Felda) Bkt Senggeh, mengambil sempena nama penempatan peneroka-peneroka tanah rancangan di bawah kendalian Federal Land Development Autority (FELDA) yang terletak di Mukim Bukit Senggeh. Sebanyak 448 buah keluarga mendiami petempatan ini dan mereka terdiri dari bangsa melayu, cina dan india.
Di zaman kemuncaknya, sekolah ini pernah menampung seramai lebih 800 orang murid sehingga sesi persekolahan dijalankan secara 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang dan pernah menikmati pelbagai kejayaan terutamanya dalam bidang sukan dan kokurikulum.
Namun demikian, mulai tahun 2000, bilangan murid di sekolah ini semakin berkurangan kerana peneroka dan penerokawati telah semakin tua dan anak-anak generasi kedua telah mula meninggalkan Felda ini untuk mencari rezeki di pekan atau di bandar. Pada tahun 2009, sekolah ini hanya memiliki 85 pelajar lelaki dan 107 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 192 orang yang dikendalikan seramai 22 orang guru.