SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT SENGGEH,77100 ASAHAN,MELAKA...NO TEL/FAX : 06-5229668...EMAIL :1GOVUC\MBA1075.edu...FACEBOOK : skfbsasahan
BERSAMA KITA MENANGANI WABAK COVID-19..#STAY HOME #STAY SAFE #QUARANTINE

Thursday 30 November 2017

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah sekolah ini telah bermula pada 1 Januari 1974. SK (Felda) Bkt Senggeh, mengambil sempena nama penempatan peneroka-peneroka tanah rancangan di bawah kendalian Federal Land Development Autority (FELDA)  yang terletak di Mukim Bukit Senggeh. Sebanyak 448 buah keluarga mendiami petempatan ini dan mereka terdiri dari bangsa melayu, cina dan india.

Di zaman kemuncaknya, sekolah ini pernah menampung seramai lebih 800 orang murid sehingga sesi persekolahan dijalankan secara 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang dan pernah menikmati pelbagai kejayaan terutamanya dalam bidang sukan dan kokurikulum.
Namun demikian, mulai tahun  2000, bilangan murid di sekolah ini semakin berkurangan kerana peneroka dan penerokawati telah semakin tua dan anak-anak generasi kedua telah mula meninggalkan Felda ini untuk mencari rezeki di pekan atau di bandar. Pada tahun 2009, sekolah ini hanya memiliki 85 pelajar lelaki dan 107 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 192 orang yang dikendalikan seramai 22 orang guru.
Kini 2016, sekolah ini mempunyai 187 orang murid dan 25 orang daripadanya adalah murid prasekolah. Pada tahun 2018 seramai 229 orang murid termasuk Pra Sekolah telah didaftarkan. Ini termasuk penambahan 2 buah kelas darjah 1.





No comments:

Post a Comment